CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feqah

TAYAMUM

Pengertian : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua belah tangan hingga kesiku dengan syarat-syarat tertentu. 

Lafaz niat Tayamum



Rukun-rukun Tayamum

1) Niat 

2) Menyapu debu kemuka dan kedua belah tangan hingga ke siku.

3) Tertib.



Syarat-syarat Tayamum

1) Ketiadaan Air
2) Keuzuran kerana sakit yang tidak boleh menggunakan air.
3) Air yang ada diperlukan untuk keperluan yang lebih penting.
4) Dilakukan setelah masuk waktu.
5) Menggunakan debu tanah yang suci.

Sunat-sunat Tayamum

1) Membaca basmalah.
2) Menghadap kiblat
3) Menipiskan debu
4) Mendahulukan anggota yang kanan.


Perkara-perkara yang membatalkan tayamum

1) Murtad
2) Luput waktu sembahyang
3) Sembuh daripada penyakit.
4) Ada air sebelum sembahyang
5) Melakukan perkara yang membatalkan wuduk

Hikmah Tayamum

* Kemudahan kepada umat islam yang uzur.
* Membuktikan agama islam itu mudah dan mampu dilaksanakan.
* Pentingnya ibadat solat. 

Selamat Menonton











Solat Berjemaah




Pengertian : solat beramai-ramai sekurang-kurangnya dua orang terdiri dari seorang imam dan seorang makmum.




Kedudukan makmum dalam solat berjemaah
1. Imam lelaki dewasa.
2. Makmum lelaki dewasa.
3. Makmum kanak-kanak lelaki.
4. Makmum perempuan dewasa.
5. Makmum kanak-kanak perempuan.




Syarat sah solat berjemaah
# Niat mengikut imam bagi makmum.
#Takbiratul ihram makmum tidak mendahului takbiratul ihram imam.
#Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam.
#Makmum mengetahui pergerakan imam.
#Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dan imam.
#Makmum hendaklah yakin solat imamnya adalah sah.


HIKMAH SOLAT BERJEMAAH

- Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

- Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama umat.

- Melatih hidup bersendirian.

- Menimbulkan perasaan sama rata.












No comments:

Post a Comment